
Sabah Truly Asia​
Sabah In Your Heart
























SABAH SOCIO TOURISM​




Bencana Alam seperti
Banjir Kilat

Peningkatan Suhu dan Tanah Runtuh
Keindahan alam semula jadi seperti Pulau Manukan, Kinabalu Park, Pulau Sipadan, Danum Valley dan Maliau Basin begitu mengagumkan para pelancong. Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila 12.77 juta orang pelancong telah mengunjungi destinasi pelancongan di seluruh negara kita. Hasilnya, kerajaan telah berjaya memungut RM24 bilion daripada industri in Namun, di sebalik keghairahan kita mengaut keuntungan, beberapa kesan negatif juga timbul ekoran industri pelancongan yang berkembang pesat dan tidak terancang.
Pencemaran Alam Sekitar dalam Pelancongan di Sabah.
​
Sektor pelancongan pasti akan terjejas jika pembangunan dilaksanakan secara tidak terancang. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, salah satu jenis pelancongan yang terkenal di Malaysia ialah eko-pelancongan. Sekiranya penerokaan hutan semakin berleluasa, sudah tentu pelancongan tersebut akan terjejas. Contohnya, bilangan pelancong di Kundasang Sabah semakin berkurang akibat penerokaan hutan yang menjadikan keadaan cuaca di kawasan pelancongan itu semakin panas. Kesannya, pelancong tempatan mahupun pelancong asing tidak berani untuk melancong di kawasan tersebut. Keadaan seperti inilah yang akan terus berlaku jika pembangunan dilaksanakan secara tidak terancang dan seterusnya menjejaskan sektor pelancongan negara yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan dan ekonomi negara.
​
Bencana alam juga akan berlaku akibat pembangunan secara tidak terancang. Hal ini demikian kerana pembinaan bangunan konkrit serta jalan tar akan menutup permukaan bumi dan menghalangnya daripada meresap air ke dalam tanah. Kesannya, tanah runtuh dan banjir kilat akan sentiasa berlaku. Misalnya, di kawasan Telipok dan Menggatal sering mengalami banjir kilat, terutamanya semasa musim hujan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem perparitan yang dibina di kawasan tersebut tidak terancang dan kini, tidak mampu menampung air yang banyak. Situasi yang lebih berbahaya pula sering timbul di kawasan tanah tinggi. Kejadian-kejadian ini sesungguhnya membuktikan pembangunan secara tidak terancang akan menjadi punca bencana alam yang berbahaya dan di luar jangkaan kita.
​
Perubahan lanskap fizikal sesebuah kawasan juga akan berubah. Perubahan lanskap fizikal ini akan membawa kesan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, pembinaan pangsapuri di kawsan Kota Kinabalu telah mengubah lanskap hutan dan kawasan sekitarnya. Hal ini telah menyebabkan kawasan tadahan air di situ terjejas. Situasi yang sama berlaku di seluruh negara apabila suhu purata tahunan yang berada pada paras 27.1 darjah celcius pada tahun 2000 kini meningkat kepada 30.0 darjah celcius. Perubahan lanskap seperti ini tidak dapat dibaiki, malah akan menjadi semakin kritikal sekiranya pembangunan secara tidak terancang terus dilaksanakan.
​
Perkembangan industri pelancongan turut memberi kesan buruk kepada pembiakan flora dan fauna di negeri kita. Alam semula jadi negara yang cantik telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan lokasi pelancongan. Pembinaan chalet, rumah tumpangan dan prasarana lain telah menyebabkan banyak pokok yang terpaksa ditebang seperti yang berlaku di Pusat Peranginan Kundasang, Sabah. Pembangunan sekitar Kota Kinabalu pula telah menyebabkan banyak kawasan paya yang sangat kaya dengan hidupan marin turut musnah kerana ditimbus untuk aktiviti pelancongan. Eksploitasi ini boleh mengganggu pembiakan flora dan fauna di tempat tersebut.

Perubahan Lanskap Fizikal Kawasan
Kemusnahan Ekosistem Hutan dan Hutan
Paya Bakau
