top of page

KEJUTAN BUDAYA BARAT DALAM KALANGAN REMAJA DI SABAH

Menurut McCanell (1994) “When culture is conceived of as static entity, lacking the dynamics of change, the actions, motivations and values of local community members are ignored. To respond to the tourist desire for souvenirs and exotic experiences, emphasis is placed on the production of ‘ authentic native handicrafts, traditional artifacts and traditional time-honored ceremonies: but this very emphasis often results in a stultifying of natural creativity.” 

( budaya menjadi palsu dan hilang keasliannya)





Pengaruh Fesyen Barat



Pelancong asing banyak membawa etika berpakaian yang sememangnya tidak diamalkan di negeri kita. Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini banyak dilihat pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita. Corak pemakaian remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok mata malahan tidak menghargai keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh wanita yang seharusnya ditutupi tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata memandang. Daripada pemikiran barat pemikiran barat yang mengacu kepada kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan berekspresi membuat kita menjadi ikutan. Sebagai contoh corak pemakaian artis artis tempatan yang telah dahulunya mengikuti busana daripada barat kini menjadi ikutan remaja kini. Kebanyakan gaya fesyen kini lebih menonjolkan bentuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan yang terselah. Budaya pemakaian yang tidak sopan ini juga bukan sahaja melanda remaja wanita malahan turut serta pada belia lelaki kini.

 

 

Gejalah Sosial Meningkat

Industri pelancongan juga turut memberi kesan buruk kepada masyarakat tempatan. Ini kerana para pelancong asing, terutamanya telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda di tempat- tempat awam yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah.

Amalan Tradisi Terhakis

Negeri Sabah salah satu negeri di Malaysia yang menerima hampir setengah juta pelancong setiap tahun. Tarikan utamanya ialah tempat- tempat menarik serta amalan tradisi yang emestinya unik dan ada keistimewaan yang tersendiri. Sejak kebelakangan ini, budaya tradisi semakin kurang diamalkan terutamanya dikalangan generasi muda. Peningkatan pelancong di Sabah telah menyebabkan sedikit demi sedikit amalan ini mula dilupakan dan digantikan dengan amalan moden yang kononya mampu menarik ramai pelancong di Sabah. Hakikatnya kita kehilangan keunikan serta amalan nenek moyang kita dimana ia merupakan warisan terakhir untuk generasi akan datang.

bottom of page