top of page

Isu Pelacuran dan Buruh Asing di Sabah.

Isu pelacuran dan buruh asing di Negeri Sabah sememangnya satu isu yang "hot" dan sering menghiasi dada- dada akhbar harian. Kewujudan hotel (SPA, perkhidmatan urut) & pusat hiburan seperti disko, kelab malam, pub menyumbang kepada peningkatan pusat pelacuran. Di Sabah, pelacur- pelacur ini didapati berasal dari negara luar seperti Indonesia, China, Myanmar dan Filipina. Mereka datang ke Sabah sebagai pelancong asing tetapi menyalahgunakan pas sosial mereka serta menjadi pelacur. Hal ini kerana mereka mendapati kegiatan pelacuran di Negeri ini sememangnya memberikan ganjaran yang lumayan berbanding di negara mereka.

 

ISU PELACURAN DI SABAH



Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dengan tertangkapnya empat bapa ayam termasuk ketua mereka yang memang dikehendaki polis dalam satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di tingkat 1, Jln Hj Seman di sini kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, empat wanita berumur 19 hingga 43 tahun yang dipercayai dipaksa menjadi pelacur turut berjaya diselamatkan. Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan diketuai Inspektor Er Sheau Jia. Ketika serbuan dibuat, kesemua wanita terbabit didapati sedang bersama pelanggan masing-masing malah ada di antara mereka yang dicekup ketika berasmara. Difahamkan, pusat pelacuran di tingkat satu yang mempunyai empat bilik itu baru beroperasi semula awal tahun ini dan menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM100 hingga RM150. 

Pusat pelacuran terbabit sebelum ini pernah diserbu pada tahun lepas tetapi hanya beberapa pelacur yang dicekup manakala bapa ayam mereka dipercayai melarikan diri lebih awal sebelum serbuan. Tidak serik dengan serbuan itu, bapa ayam yang berumur 30an terbabit sekali lagi memulakan operasinya dengan ‘menjual kehormatan’ gadis-gadis dari negara jiran dengan menipu mereka kononnya akan diberikan pekerjaan sebagai pelayan restoran dan pusat hiburan di sini. Difahamkan juga, bapa ayam terbabit bersama tiga lagi rakannya akan melepak di kaki lima di tingkat bawah premis berkenaan untuk ‘memancing’ pelanggan yang berpotensi. Selepas itu, mereka akan membawa pelanggan berjumpa dengan gadis yang bakal melanggan mereka dengan tawaran harga yang dipersetujui. Dipercayai juga, 70 peratus daripada hasil bayaran daripada pelanggan akan diambil oleh bapa ayam manakala selebihnya akan diberikan kepada pelacur terbabit. Pegawai Turus IPK Sabah, Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan berkata kesemua empat bapa ayam dan empat wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

ISU BURUH ASING DI SABAH



Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk warga asing di Sabah bakal menjadi majoriti, kerana disediakan sekali dengan statistik yang jelas untuk anda perhatikan taburan warga asing di Sabah mengikut daerah. Kalau disemak rekod melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, jumalah penduduk negara Sabah sudah pun  mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sbah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah. Mungkin tiada mustahil kalau ada banyak lagi “projek-projek yang diatur di Sabah. Berdasarkan ranking jumlah warga asing di Sabah :



Warga asing di Tawau : 171, 409
Warga asing di Sandakan : 148,438
Warga asing di Kinabatangan : 117,689
Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
Warga asing di Lahad Datu : 77,003


Kalau orang Kuala Lumpur contohnya, mengadu tidak senang dengan kehadiran & lambakan warga asing, agaknya apa pula perasaan orang Sabah  melihatkan jumlah warga asing di negeri mereka ketika ini? 
Itu baru statistik warga di Sabah yang telah berjaya direkodkan, yang tidak sah? Isu warga asing di Sabah bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya. Kami pasti isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah. Harap kerajaan persekutuan mengambil serius perkara ini. Itu harapan kami Itu belum masuk lagi berita mengenai kedatangan pekerja asing sekitar 100,000 yang “dibawa khas” dari Nepal?







bottom of page