
Sabah Truly Asia​
Sabah In Your Heart
























SABAH SOCIO TOURISM​



Pelbagai cara dan insiatif dilakukan untuk menangani isu kanak-kanak dieksploitasi di rantau Asia Timur dan Pasifik kerana kawasan ini sering berlaku kejadian seperti itu, walaupun beberapa perkembangan positif dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Pengarah Rantau Asia Timur dan Pasifik UNICEF, Anupama Rao Singh berkata kerajaan di negara rantau ini perlu berusaha ke tahap lain dan mengadakan langkah-langkah anti-seks kanak-kanak yang lebih berat. "Kemajuan telah dilakukan tetapi pada hakikatnya ialah Asia Timur dan Pasifik terus menjadi kawasan yang paling banyak kes kanak-kanak dieksploitasi," katanya pada akhir Mesyuarat Persediaan Rantau Asia Timur dan Pasifik untuk Kongres Dunia Ketiga Membanteras Eksploitasi Seksual Kanak-kanak dan Remaja". Pengerusi Ecpat International, sebuah badan bukan kerajaan menumpukan tindakan bagi menghapuskan pelacuran kanak-kanak, seks lucah dan penyeludupan, berkata semua negara terbabit dengan isu ini dalam pelbagai cara dan tidak ada pendekatan yang bersesuaian untuk semua. "Sebagai contoh, walaupun fokus itu terhadap pelancong dari luar negara, kita hendaklah menekankan bahawa kebanyakan pesalah adalah lelaki tempatan," kata Abueva.

Pada mesyuarat itu, ramai pakar, pegawai kerajaan dan aktivis muda dari seluruh rantau ini membincangkan tempoh masa untuk mencapai sasaran ini bagi mengurangkan isu pelacuran kanak-kanak, penyeludupan, jenayah siber dan penyalahgunaan dan pengembaraan dan pelancongan. Timbalan setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik, Shigeru Mochida berkata eksploitasi seksual komersial adalah tindakan keganasan serta pelanggaran hak asasi manusia yang tidak dianggap sebagai jenayah. Antara objektif dan sasaran termasuk menubuhkan registri pesalah seks kanak-kanak di setiap negara bagi memastikan mereka yang mendera kanak-kanak dipantau dan dicegah daripada ke luar negara untuk mendera lagi remaja di negara lain serta ada undang-undang di luar bidangkuasa wilayah bagi memastikan rakyat yang mendera kanak-kanak di luar negara, jika perlu, dibawa pulang ke negara asal mereka untuk dihadapkan ke mahkamah. Para peserta juga bercakap mengenai perlunya melindungi kanak-kanak melayari Internet dan mahukan semua negara mempunyai undang-undang tertentu menjadikan semua kes seks lucah kanak-kanak, termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemilikan diklasifikasikan sebagai pesalah jenayah bagi memastikan pembekal khidmat Internet memperkenalkan khidmat penyekatan dan penyaringan dalam menghalang imej disiarkan dalam talian.

​
Apa itu eksploitasi Tenaga Kanak- Kanak?

​Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Manakala kanak- kanak pula didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
​


